Jumaat, 22 Mei 2015

Telur Kembar Dua

Telur ayam kembar

Bukanlah sesuatu yang pelik sangat pun yang hendak ana kongsikan hari ini, biasa terjumpa di mana-mana.Cuma sekadar nak bercerita tentang kejadian yang berlaku adalah kehendak dan dengan izinNya juga. Tiada yang mustahil di atas muka bumi ini jika itulah takdirNya.

telur kembar


Semalam semasa nak menggoreng telur di dapur untuk sajian makan malam, tiba-tiba sewaktu pecahkan telur ke kuali, rupa-rupanya kuning telurnya kembar dua.Unik kan.Betapa besarnya keEsaanNya.Pelbagai kejadian yang berlaku disekeliling kita ,sama ada yang pelik atau luar biasa adalah dengan IzinNya juga.

Jika di takdirkan telur ini menjadi ayam, agaknya kembarkah ayam tersebut? Atau berkepala dua kah ayam itu jadinya? Waallahu a'lam.Namun kerana bukan itu takdirnya ,telur ayam ini menjadi santapan kami semalam.

Ada juga yang mengatakan jika sedang hamil, makan telur kembar sebegini boleh mendapat anak kembar.Erm janganlah percaya perkara-perkara sebegini, takut merosakkan aqidah.Tiada kaitan pun zuriat kita dengan telur ayam kembar ni.Segalanya di tanganNya yang Maha Esa.

Ana suka juga kalau selalu dapat telur kuning kembar ni, sebab ana memang gemar makan telur kuning.Nak nak lagi yang separuh masak, sedap.Macam-macam kan kejadian pelik dan aneh yang berlaku disekeliling kita setiap hari.Namun percayalah yang baik semuanya datang dari Allah swt dan yang buruk adalah kerana kekerdilan dan kesilapan kita sebagai hambaNya.


~berkongsi kisah disini~

3 ulasan:

  1. Balasan
    1. apa yang best, telur kembar ke FS hihi :)

      Padam
    2. Hihihi...x la..best sbb geng dh ade blog sendiri...pas tu epa dh blh komen...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...