Jumaat, 7 Ogos 2015

Tips Rangupkan Goreng Cempedak


Tips Rangupkan Goreng Cempedak


kredit foto:www.anajingga.com

Hari ini nak kongsi tips cara untuk dapatkan goreng cempedak atau goreng pisang atau apa sahaja bahan gorengan yang rangup, krup,krup bila di makan.Caranya sangat mudah, semasa kita membancuh tepung gorengan di rumah, selalunya kita menggunakan tepung gandum kan.Untuk mendapatkan hasil gorengan yang rangup, semasa membancuh ,campurkan sedikit minyak masak ke dalam adunan tepung.

Satu lagi cara yang pernah ana gunakan ialah mencampurkan sedikit tepung beras  bersama bancuhan tepung gandum.Kedua-dua kaedah ini dapat menghasilkan salutan tepung gorengan yang rangup pada makanan.Namun jika nak yang lebih mudah beli sajalah tepung bancuhan rangup yang sedia digunakan yang banyak terdapat di pasaraya atau kedai berhampiran.Sekadar berkongsi tips mudah disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...