Jumaat, 5 Februari 2016

Kek Oren Coklat

Assalamualaikum....di hari Jumaat yang penuh barakah ni Anna akan post resepi kek. Terima kasih buat Kak Anajingga sudi invite Anna untuk kongsi resepi di blog ni. First time Anna akan posting di Piknik Jom ni. Resepi kek ni menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk didapati dan caranya pun senang sebab Anna pakai sukatan cawan. Rasanya pula InsyaAllah sedap. Suami Anna suka sangat hihihi.. Jadi apa kata kita jenguk resepi kek ni, mana tahu boleh dibuat untuk minum petang atau pun untuk apa-apa majlis keraian.

Bahan-bahan

3/4 cawan gula kastor
1    cawan mentega/marjerin (Anna guna marjerin Pelangi sebab wangi)
4    sudu besar susu pekat manis

- Bahan di atas ni dipukul sehingga gebu.


4   biji telur gred B
1   camca teh esen oren
2   biji oren
     - Kulit kedua-dua biji oren diparut.
     - Isi dari sebiji oren diambil, manakala sebiji lagi diperah jusnya.

- Setelah marjerin,gula dan susu pekat gebu masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian masukkan bahan lain iaitu esen oren, isi, jus dan kulit oren. Pukul lagi sehingga gebu. Boleh rujuk gambar di bawah macam mana Anna potong untuk ambil isi buah oren tu.




 2 suku cawan tepung naik sendiri atau kalau guna tepung gandum boleh tambahkan 1 setengah sudu     teh serbuk penaik.
 2 sudu besar serbuk koko gelap

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Kemudian ambil sedikit bahagian untuk dicampur dengan serbuk koko.


Langkah terakhir lapik dulang bakar dengan baking sheets dan tuangkan adunan. Jangan lupa selang selikan antara adunan original dan yang ditambah koko ya. Lepas tu boleh la lorekkan corak supaya nampak ada swirl sikit. Bakar pada suhu 170°C untuk 45 minit atau sehingga kek masak bergantung pada oven masing-masing. Comot sikit baking sheet Anna sebab nak cepat, nak balik kampung masa buat ni hehe.



Haaa ni la hasil kejadian nya. Bila dah sejuk potongkan dan hidangkan. Selamat mencuba ya!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...