Hari ini, effa nak kongsikan resipi apam nasi yg mudah disediakan. Idea ni effa ambik dari 'fb' kakak sepupu yang buat apam nasi ni...seronok tengok apam yang 'gebus-gabas'...dengan warna yang warna-warni.
Resepi apam nasi mudah
Di sini effa kongsikan bahan dan cara membuatnya.Bahan-bahan
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula
3 sudu kecil yis kering
Sedikit pewarna (ikut kesukaan)
Kelapa parut (yg putih je)
Garam
Cara membuatnya
1 - nasi sejuk di'blender' dengan air sehingga lumat, kemudian masukkan gula dan blend skali lagi sampai larut.
2 - dalam bekas yang lain masukkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering, kacau rata.
3 - selepas itu, masukkan bahan yang diblender tadi ke dalam tepung, gaulkan semuanya dan perap sehingga 3 jam.
4 - setelah 3 jam diperap, boleh la diasingkan utk diwarnakan (ni ikut la suka warna apa)
5 - sapukan sedikit minyak ke dalam acuan. (Effa guna acuan orang buat kuih lompang)..
6- masukkan la adunan tadi dalam acuan.
7 - kukus selama 15 minit.
8 - kelapa parut pun boleh dikukus dengan garam sikit (boleh tahan lama)
9- bila apam dah masak boleh la di makan dengan kelapa kukus
Selamat mencuba ye.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan