Khasiat Ulam-ulaman:
Segarnya ulam-ulaman yang terdapat dalam foto tu kan.Antara yang ada di sana ialah ulam pucuk selum, pegaga,ulam raja,buah kerdas,tomato ceri,jering,timun dan terung kecil.Semuanya sangat lazat jika dimakan bersama sambal belacan, cicah budu atau tempoyak.Terpulang pada citarasa masing-masing.
Seperti diketahui umum, ulam-ulaman mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan.Ada yang mengatakan makan ulam-ulaman boleh menjadi awet muda. Ulam-ulaman ni samalah seperti makan salad bagi orang-orang moden sekarang ni.Bila sayur-sayuran di makan mentah,khasiat dan zatnya tidak terhapus dan terus menyerap ke sistem tubuh badan kita.Itu lah yang menjadikannya sangat berkhasiat.
Amalkan makan ulam-ulaman kerana setiap satu daripadanya mengandungi vitamin yang berbeza.Malah ia juga boleh menyembuhkan atau mengurangkan beberapa jenis penyakit.Untuk lebih maklumat terperinci, bolehlah mencarinya di laman-laman web rasmi yang dipercayai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan