Sabtu, 23 Mei 2015

Khasiat Ulam-ulaman

Khasiat Ulam-ulaman:



Segarnya ulam-ulaman yang terdapat dalam foto tu kan.Antara yang ada di sana ialah ulam pucuk selum, pegaga,ulam raja,buah kerdas,tomato ceri,jering,timun dan terung kecil.Semuanya sangat lazat jika dimakan bersama sambal belacan, cicah budu atau tempoyak.Terpulang pada citarasa masing-masing.

Seperti diketahui umum, ulam-ulaman mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan.Ada yang mengatakan makan ulam-ulaman boleh menjadi awet muda. Ulam-ulaman ni samalah seperti makan salad bagi orang-orang moden sekarang ni.Bila sayur-sayuran di makan mentah,khasiat dan zatnya tidak terhapus dan terus menyerap ke sistem tubuh badan kita.Itu lah yang menjadikannya sangat berkhasiat.

Amalkan makan ulam-ulaman kerana setiap satu daripadanya mengandungi vitamin yang berbeza.Malah ia juga boleh menyembuhkan atau mengurangkan beberapa jenis penyakit.Untuk lebih maklumat terperinci, bolehlah mencarinya di  laman-laman web rasmi yang dipercayai.


Jumaat, 22 Mei 2015

Telur Kembar Dua

Telur ayam kembar

Bukanlah sesuatu yang pelik sangat pun yang hendak ana kongsikan hari ini, biasa terjumpa di mana-mana.Cuma sekadar nak bercerita tentang kejadian yang berlaku adalah kehendak dan dengan izinNya juga. Tiada yang mustahil di atas muka bumi ini jika itulah takdirNya.

telur kembar


Semalam semasa nak menggoreng telur di dapur untuk sajian makan malam, tiba-tiba sewaktu pecahkan telur ke kuali, rupa-rupanya kuning telurnya kembar dua.Unik kan.Betapa besarnya keEsaanNya.Pelbagai kejadian yang berlaku disekeliling kita ,sama ada yang pelik atau luar biasa adalah dengan IzinNya juga.

Jika di takdirkan telur ini menjadi ayam, agaknya kembarkah ayam tersebut? Atau berkepala dua kah ayam itu jadinya? Waallahu a'lam.Namun kerana bukan itu takdirnya ,telur ayam ini menjadi santapan kami semalam.

Ada juga yang mengatakan jika sedang hamil, makan telur kembar sebegini boleh mendapat anak kembar.Erm janganlah percaya perkara-perkara sebegini, takut merosakkan aqidah.Tiada kaitan pun zuriat kita dengan telur ayam kembar ni.Segalanya di tanganNya yang Maha Esa.

Ana suka juga kalau selalu dapat telur kuning kembar ni, sebab ana memang gemar makan telur kuning.Nak nak lagi yang separuh masak, sedap.Macam-macam kan kejadian pelik dan aneh yang berlaku disekeliling kita setiap hari.Namun percayalah yang baik semuanya datang dari Allah swt dan yang buruk adalah kerana kekerdilan dan kesilapan kita sebagai hambaNya.


~berkongsi kisah disini~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...