Khamis, 17 Disember 2015

Kerepek 'ngaku' - arrow head


Cara membuat kerepek 'ngaku'


Minggu ini effa bercuti panjang untuk habiskan cuti tahunan....jadi kiranya minggu ni, effa nak habiskan masa dengan anak-anak dekat umah....

Sambil berjalan dekat aeon big, Wangsa Maju dengan anak-anak...effa terjumpa la plak buah 'arrow head' kat sana...selalunya buah 'arrow head' ni ade masa tahun baru cina je...dan kaum cina mengelarkan buah ni sebagai 'ngaku'..dan ianya sedap dibuat kerepek untuk kudapan.





Di sini effa nak tunjukkan cara-cara untuk buat kerepek dari 'ngaku' ni.



Bahan-bahan

Buah arrow head (ngaku)
Minyak
Garam

Cara-cara

1) Kupas kulit 'ngaku' menggunakan 'peeler'




2) Sagat buah 'ngaku' tadi sampai habis (effa tinggalkan 'toncet' nya untuk kita sagat, kiranya jadi pemengang)



3) kemudian, basuh dan toskan kepingan    
'ngaku' yang telah disagat tadi, tujuan kita basuh sikit kepingan 'ngaku' ini untuk kita buangkan sikt kanjinya.






4) Setelah ditoskan, ngaku tadi telah sedia untuk digoreng





5) panaskan minyak, effa taruh sedikit garam dalam minyak untuk 'ngaku' tu tak melekat antara satu sama lain.




6) goreng 'ngaku' tu sampai kuning keemasan...




7) 'ngaku' yang dah siap boleh la disimpan didalam bekas.

Itu la cara-caranya untuk buat kerepek 'ngaku' sebagai kudapan. Kalu sesiapa terjumpa buah 'arrow head' boleh la mencuba ya...






Ahad, 13 Disember 2015

Kantin Asam Pedas, Ukay Bistari


Kantin Asam Pedas, Ukay Bistari


Siapa sini peminat asam pedas...effa nak kongsikan satu kedai makan asam pedas yang selalu effa kunjungi. Kedai makan ni terletak di Ukay Bistari Residensi, Ukay Perdana...nama kedai ni Kantin Asam Pedas. Walaupun effa tak berapa makan sangat makanan yang pedas, pada effa kedai ni boleh dikunjungi sebab harga nya memang berbaloi dan berpatutan. Di sini effa kongsikan beberapa gambar untuk tatapan pembaca dan peminat masakan asam pedas ye......



Kalau nak hubungi kantin asam pedas boleh la rujuk kat gambar



Suasana luar kantin asam pedas



Pengunjung boleh tulis komen dekat belakang ( tuan punya kedai sediakan ruangan komen)




Suasana dalaman kedai kantin asam pedas



Ni 1st time effa cuba asam pedas telur ikan mayong




Hidangan wajib kalu effa dan keluarga makan kat sini asam pedas kepala ikan merah....




Itu saja la perkongsian Effa kali ni..kalau ade tempat makan yang menarik, Effa akan kongsikan kat blog ni nanti....










Rabu, 14 Oktober 2015

Selera Dari Negeri Sarawak


Restoran Dapur Sarawak 


Hari ni effa nak kongsikan satu restoran makan yang effa rasa bagus untuk dikunjungi. Pada sesiapa yang berminat untuk mencuba makan makanan negeri Sarawak, effa cadangkan restoran Dapur Sarawak yang terletak di Jalan Sarikei, Pekeliling, Kuala Lumpur...

Lokasi Restoran Dapur Sarawak






Di sini ada macam-macam menu popular negeri Sarawak yang dihidangkan untuk dicuba.




Disini juga effa kongsikan beberapa gambar makanan yang sempat effa ambil masa ke restoran Dapur Sarawak.

Mee Kolok Special




Bihun Belacan




Mee Jawa




Laksa Sarawak




Ini sahaja gambar yang dapat effa kongsikan dalam blog ni...selain daripada makanan yang sedap-sedap ada juga air minuman yang menarik untuk dipesan. Sayangnya effa tak sempat nak ambil gambarnya.

Anak-anak effa suka kalu makan kat sini.



Untuk semua, ini hanyalah perkongsian effa untuk sesiapa yang nak mencuba menu lain dari yang lain. Hargapun sangat berpatutan.Bolehlah ke sini untuk mencuba pelbagai menu tradisional makanan Sarawak. 








Selasa, 13 Oktober 2015

Apam Nasi Semudah ABC


Hari ini, effa nak kongsikan resipi apam nasi yg mudah disediakan. Idea ni effa ambik dari 'fb' kakak sepupu yang buat apam nasi ni...seronok tengok apam yang 'gebus-gabas'...dengan warna yang warna-warni.




Resepi apam nasi mudah

Di sini effa kongsikan bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula
3 sudu kecil yis kering
Sedikit pewarna (ikut kesukaan)
Kelapa parut (yg putih je)
Garam

Cara membuatnya

1 - nasi sejuk di'blender' dengan air sehingga lumat, kemudian masukkan gula dan blend skali lagi sampai larut.
2 - dalam bekas yang lain masukkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering, kacau rata.
3 - selepas itu, masukkan bahan yang diblender tadi ke dalam tepung, gaulkan semuanya dan perap sehingga 3 jam.
4 - setelah 3 jam diperap, boleh la diasingkan utk diwarnakan (ni ikut la suka warna apa)
5 - sapukan sedikit minyak ke dalam acuan. (Effa guna acuan orang buat kuih lompang)..
6- masukkan la adunan tadi dalam acuan.
7 - kukus selama 15 minit.
8 - kelapa parut pun boleh dikukus dengan garam sikit (boleh tahan lama)
9- bila apam dah masak boleh la di makan dengan kelapa kukus

Selamat mencuba ye.....












Selasa, 22 September 2015

Resipi Cheesekut Mudah

Minggu lepas, Effa banyak habiskan masa di rumah sahaja...jadi Effa dan anak-anak buat projek bersama-sama..

Sebenarnya dah lama Effa nak buat 'cheesekut' ni...jadi cam biasa kuasa jari meng'scroll' resipi dalam internet... 

Jadi Effa pun belilah bahan-bahan  membuat 'cheesekut' ni

Resipi Cheesekut Mudah 


Bahan yang diperlukan

Cream cheese
Cream cracker
Susu pekat (1/2 tin je) ikut kemanisan yang kita nak
Susu segar
milo



Cara membuatnya:

1) Pukul cream cheese sampai kembang sikit

2) Lepas cream cheese dah kembang , masukkan susu pekat (Effa masukkan  1/2 tin je tp tu ikut kemanisan memasing la)

3) ambik cream cracker dan rendamkan skit dalam susu segar (jangan rendam lama sgt)

4) susun cream cracker yang direndam tadi dalam loyang, dan sapukan cream cheese yang di'mix' tadi

5) Taburkan sedikit serbuk milo

6)Ulang balik 'step' 3 sampai 5...ikut la tebal mana yang kita nak.

7) Lepas dah abis semua lapisan...masukkan dalam peti sejuk utk beberapa jam...

8) Bila cheeese tu dah rasa keras bolehlah dipotong dan dihidangkan...


Ini la hasil 'cheesekut' yang Effa buat minggu lepas


Anak-anak  pun suka makan juga...siap buat permintaan lagi...pada Effa 'cheesekut' senang je nak buat nya....boleh ajak anak-anak buat sekali... Kata orang time ni la nak 'spending quality time with them'....


My. princess yang seronok pegang mixer.


Selamat mencuba.... ;)








Khamis, 3 September 2015

Pengalaman Hari Raya Aidil Fitri di Sarawak

Walaupun syawal sudah berlalu, Effa nak bercerita sedikit kisah raya tahun ni....

Raya aidilfitri yang lalu, Effa akan selalu pulang ke kampung halaman suami di Sarawak, suami Effa ni berketurunan Bugis jadi kiranya makanan semasa hari raya Ade la sedikit kelainanya dari kampung Effa di Perak....

Antara makanan wajib yang mereka hidangkan ialah 'burasak' dan 'lefakloi' (harap betul la sebutan) dan 'kelupis'.cam kita di sini nasi impit dan ketupat palas la.

Makanan tradisi orang Bugis di Sarawak

Di sini Effa kongsikan gambar - gambar makanan tradisi orang Bugis di Sarawak.

Burasak & lefakloi 



Ini rupanya 'burasak' (yang bentuk segi empat tepat) dan lefakloi ( bentuk tiga segi), bahan utama untuk membuat burasak adalah beras manakala lefakloi dari pulut.
Kedua-dua makanan ini dibungkus dengan daun pisang paling muda dan direbus dengan santan selama 8 jam...


Kelupis


Yang ni pula kelupis...pulut yang dibalut dengan daun palas. Pada effa kelupis ni lebih kurang cam ketupat palas..cuma cara bungkus nya berlainan. Sebabnya daun yang digunakan adalah daun palas



Gambar ini pula adalah antara sajian masakan tradisi bugis yang dihidangkan. 



Antara kuih-muih yang dihidangkan semasa berkunjungan di rumah saudara suami. Seperti yang kelihatan pelbagai jenis Kek lapis yang hidangkan. Air yang dihidangkan selalunya air bikarbonat cuma akhir2 ni ada juga tuan rumah yang menghidangkan air soya.



Pengkongsian ini, adalah dari pandangan effa je tau..banyak lagi yang akan effa kongsikan sekiranya ada kesempatan pulang ke kampung halaman suami effa.


Sabtu, 22 Ogos 2015

Keindahan bunga orkid


Keindahan bunga orkid


Assalamualaikum....
Lama rasanya effa tidak ber'blog' ye....
Hari ini effa nak kongsi pasal bunga...semua orang tahukan bunga dan wanita memang tak dapat dipisahkan....

Baru-baru ni, effa berkesempatan melawat Taman Orkid Kuala Lumpur...lama dah rasanya tak ke sana....

Di sini, effa kongsikan beberapa gambar spesis bunga orkid yang ditanam dan dijaga di taman tersebut. Subhanaallah....cantikkan suka tengok warna dan bentuk bunga-bunga orkid ni... Memang cantik sesangat....










Sangat mempersonakan, bagi peminat orkid apa lagi boleh berkunjung ke Taman Orkid,Kuala Lumpur.

Jumaat, 7 Ogos 2015

Tips Rangupkan Goreng Cempedak


Tips Rangupkan Goreng Cempedak


kredit foto:www.anajingga.com

Hari ini nak kongsi tips cara untuk dapatkan goreng cempedak atau goreng pisang atau apa sahaja bahan gorengan yang rangup, krup,krup bila di makan.Caranya sangat mudah, semasa kita membancuh tepung gorengan di rumah, selalunya kita menggunakan tepung gandum kan.Untuk mendapatkan hasil gorengan yang rangup, semasa membancuh ,campurkan sedikit minyak masak ke dalam adunan tepung.

Satu lagi cara yang pernah ana gunakan ialah mencampurkan sedikit tepung beras  bersama bancuhan tepung gandum.Kedua-dua kaedah ini dapat menghasilkan salutan tepung gorengan yang rangup pada makanan.Namun jika nak yang lebih mudah beli sajalah tepung bancuhan rangup yang sedia digunakan yang banyak terdapat di pasaraya atau kedai berhampiran.Sekadar berkongsi tips mudah disini.

Selasa, 4 Ogos 2015

Brokoli dan Cendawan Tumis


Resepi brokoli dan cendawan tumis



Hari ini ana nak kongsikan satu resepi ringkas.Sayur goreng brokoli dangan cendawan tumis.Bahan-bahan asas ialah brokoli ,cendawan dalam tin,bawang besar,bawang putih,cili merah dan ikan bilis. Bersihkan dan potong ke semua bahan ,panaskan minyak,tumis bawang merah,bawang putih dan cili merah.Masukkan ikan bilis,cendawan dan akhir sekali brokoli.Tambah kicap dan garam sebagai perisa.Sedia untuk hidangan.

Selamat mencuba

Isnin, 15 Jun 2015

Resepi pizza roti gardenia

Jumaat lepas, anak perempuan effa buat permintaan nak makan pizza...disebabkan malas nak order effa pun dok la meng'google' resepi pizza..konon di hati nk buat la sendiri...

Dalam mencari tu terjumpa la resepi pizza guna roti je...selama ni effa dh banyak nampak post kat fb dgn resipi yg ringkas, cepat mudah nk buat...cuma x de kesempatan je nk buat...

Di sini effa sertakan gambar bahan2 yg effa guna untuk buat pizza roti....

Bahan2:
Roti gardenia
Sosej (dicelur n d dipotong ikut citarasa)
Crab stick (dicelur n dipotong ikut citarasa)
Kepingan keju
Daun oregano
Sos spagethi (utk base sos dia)


Cara2:
Sapu sos spagethi kat atas roti, lepas tu letakkan sosej, crabstick yg di celur n dipotong tadi...letakkan kepingan keju (kalu nk di koyakkan pun boleh) last skali taburkan oregano kat atas dia
Bakar sekejap smpi keju tu cair skit..(effa guna pemanggang ajaib je)...tp kena agak2 la api dia...takut kat bwh roti nnt hitam..(cakap melalui pengalaman)



Hihihi...ni la hasilnya...boleh cuba buat...anak2 pun tolong ibu buat...tapi tak de pulak gambar anak2 tolong...sbb sibuk nk panggang piza

             




Khamis, 11 Jun 2015

Salam Perkenalan

Assalamualaikum...

Sebenarnya effa tak la pandai sgt nak ber'blog' ni....tapi kakak sepupu effa yg create blog ni utk geng piknik (dlm whatapps). Dia kata boleh la kita semua berkongsi macam2 cerita kat sini...

Effa ni hobi nya baca novel...banyak la jugak koleksi novel yg dibeli dan disimpan since tahun 1995...

Nanti effa akan buat review mana2 novel yang menarik n best utk dibaca...

Di sini effa lampirkan beberapa koleksi novel yang ade....





Sekarang ni effa tengah baca buku - Suamiku Mr.Blind....bila effa habis baca effa akan tulis review cerita ni best atau tidak..





Sabtu, 23 Mei 2015

Khasiat Ulam-ulaman

Khasiat Ulam-ulaman:



Segarnya ulam-ulaman yang terdapat dalam foto tu kan.Antara yang ada di sana ialah ulam pucuk selum, pegaga,ulam raja,buah kerdas,tomato ceri,jering,timun dan terung kecil.Semuanya sangat lazat jika dimakan bersama sambal belacan, cicah budu atau tempoyak.Terpulang pada citarasa masing-masing.

Seperti diketahui umum, ulam-ulaman mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan.Ada yang mengatakan makan ulam-ulaman boleh menjadi awet muda. Ulam-ulaman ni samalah seperti makan salad bagi orang-orang moden sekarang ni.Bila sayur-sayuran di makan mentah,khasiat dan zatnya tidak terhapus dan terus menyerap ke sistem tubuh badan kita.Itu lah yang menjadikannya sangat berkhasiat.

Amalkan makan ulam-ulaman kerana setiap satu daripadanya mengandungi vitamin yang berbeza.Malah ia juga boleh menyembuhkan atau mengurangkan beberapa jenis penyakit.Untuk lebih maklumat terperinci, bolehlah mencarinya di  laman-laman web rasmi yang dipercayai.


Jumaat, 22 Mei 2015

Telur Kembar Dua

Telur ayam kembar

Bukanlah sesuatu yang pelik sangat pun yang hendak ana kongsikan hari ini, biasa terjumpa di mana-mana.Cuma sekadar nak bercerita tentang kejadian yang berlaku adalah kehendak dan dengan izinNya juga. Tiada yang mustahil di atas muka bumi ini jika itulah takdirNya.

telur kembar


Semalam semasa nak menggoreng telur di dapur untuk sajian makan malam, tiba-tiba sewaktu pecahkan telur ke kuali, rupa-rupanya kuning telurnya kembar dua.Unik kan.Betapa besarnya keEsaanNya.Pelbagai kejadian yang berlaku disekeliling kita ,sama ada yang pelik atau luar biasa adalah dengan IzinNya juga.

Jika di takdirkan telur ini menjadi ayam, agaknya kembarkah ayam tersebut? Atau berkepala dua kah ayam itu jadinya? Waallahu a'lam.Namun kerana bukan itu takdirnya ,telur ayam ini menjadi santapan kami semalam.

Ada juga yang mengatakan jika sedang hamil, makan telur kembar sebegini boleh mendapat anak kembar.Erm janganlah percaya perkara-perkara sebegini, takut merosakkan aqidah.Tiada kaitan pun zuriat kita dengan telur ayam kembar ni.Segalanya di tanganNya yang Maha Esa.

Ana suka juga kalau selalu dapat telur kuning kembar ni, sebab ana memang gemar makan telur kuning.Nak nak lagi yang separuh masak, sedap.Macam-macam kan kejadian pelik dan aneh yang berlaku disekeliling kita setiap hari.Namun percayalah yang baik semuanya datang dari Allah swt dan yang buruk adalah kerana kekerdilan dan kesilapan kita sebagai hambaNya.


~berkongsi kisah disini~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...