Khamis, 17 Disember 2015

Kerepek 'ngaku' - arrow head


Cara membuat kerepek 'ngaku'


Minggu ini effa bercuti panjang untuk habiskan cuti tahunan....jadi kiranya minggu ni, effa nak habiskan masa dengan anak-anak dekat umah....

Sambil berjalan dekat aeon big, Wangsa Maju dengan anak-anak...effa terjumpa la plak buah 'arrow head' kat sana...selalunya buah 'arrow head' ni ade masa tahun baru cina je...dan kaum cina mengelarkan buah ni sebagai 'ngaku'..dan ianya sedap dibuat kerepek untuk kudapan.





Di sini effa nak tunjukkan cara-cara untuk buat kerepek dari 'ngaku' ni.



Bahan-bahan

Buah arrow head (ngaku)
Minyak
Garam

Cara-cara

1) Kupas kulit 'ngaku' menggunakan 'peeler'




2) Sagat buah 'ngaku' tadi sampai habis (effa tinggalkan 'toncet' nya untuk kita sagat, kiranya jadi pemengang)



3) kemudian, basuh dan toskan kepingan    
'ngaku' yang telah disagat tadi, tujuan kita basuh sikit kepingan 'ngaku' ini untuk kita buangkan sikt kanjinya.






4) Setelah ditoskan, ngaku tadi telah sedia untuk digoreng





5) panaskan minyak, effa taruh sedikit garam dalam minyak untuk 'ngaku' tu tak melekat antara satu sama lain.




6) goreng 'ngaku' tu sampai kuning keemasan...




7) 'ngaku' yang dah siap boleh la disimpan didalam bekas.

Itu la cara-caranya untuk buat kerepek 'ngaku' sebagai kudapan. Kalu sesiapa terjumpa buah 'arrow head' boleh la mencuba ya...






Ahad, 13 Disember 2015

Kantin Asam Pedas, Ukay Bistari


Kantin Asam Pedas, Ukay Bistari


Siapa sini peminat asam pedas...effa nak kongsikan satu kedai makan asam pedas yang selalu effa kunjungi. Kedai makan ni terletak di Ukay Bistari Residensi, Ukay Perdana...nama kedai ni Kantin Asam Pedas. Walaupun effa tak berapa makan sangat makanan yang pedas, pada effa kedai ni boleh dikunjungi sebab harga nya memang berbaloi dan berpatutan. Di sini effa kongsikan beberapa gambar untuk tatapan pembaca dan peminat masakan asam pedas ye......



Kalau nak hubungi kantin asam pedas boleh la rujuk kat gambar



Suasana luar kantin asam pedas



Pengunjung boleh tulis komen dekat belakang ( tuan punya kedai sediakan ruangan komen)




Suasana dalaman kedai kantin asam pedas



Ni 1st time effa cuba asam pedas telur ikan mayong




Hidangan wajib kalu effa dan keluarga makan kat sini asam pedas kepala ikan merah....




Itu saja la perkongsian Effa kali ni..kalau ade tempat makan yang menarik, Effa akan kongsikan kat blog ni nanti....










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...