Selasa, 22 September 2015

Resipi Cheesekut Mudah

Minggu lepas, Effa banyak habiskan masa di rumah sahaja...jadi Effa dan anak-anak buat projek bersama-sama..

Sebenarnya dah lama Effa nak buat 'cheesekut' ni...jadi cam biasa kuasa jari meng'scroll' resipi dalam internet... 

Jadi Effa pun belilah bahan-bahan  membuat 'cheesekut' ni

Resipi Cheesekut Mudah 


Bahan yang diperlukan

Cream cheese
Cream cracker
Susu pekat (1/2 tin je) ikut kemanisan yang kita nak
Susu segar
milo



Cara membuatnya:

1) Pukul cream cheese sampai kembang sikit

2) Lepas cream cheese dah kembang , masukkan susu pekat (Effa masukkan  1/2 tin je tp tu ikut kemanisan memasing la)

3) ambik cream cracker dan rendamkan skit dalam susu segar (jangan rendam lama sgt)

4) susun cream cracker yang direndam tadi dalam loyang, dan sapukan cream cheese yang di'mix' tadi

5) Taburkan sedikit serbuk milo

6)Ulang balik 'step' 3 sampai 5...ikut la tebal mana yang kita nak.

7) Lepas dah abis semua lapisan...masukkan dalam peti sejuk utk beberapa jam...

8) Bila cheeese tu dah rasa keras bolehlah dipotong dan dihidangkan...


Ini la hasil 'cheesekut' yang Effa buat minggu lepas


Anak-anak  pun suka makan juga...siap buat permintaan lagi...pada Effa 'cheesekut' senang je nak buat nya....boleh ajak anak-anak buat sekali... Kata orang time ni la nak 'spending quality time with them'....


My. princess yang seronok pegang mixer.


Selamat mencuba.... ;)








Khamis, 3 September 2015

Pengalaman Hari Raya Aidil Fitri di Sarawak

Walaupun syawal sudah berlalu, Effa nak bercerita sedikit kisah raya tahun ni....

Raya aidilfitri yang lalu, Effa akan selalu pulang ke kampung halaman suami di Sarawak, suami Effa ni berketurunan Bugis jadi kiranya makanan semasa hari raya Ade la sedikit kelainanya dari kampung Effa di Perak....

Antara makanan wajib yang mereka hidangkan ialah 'burasak' dan 'lefakloi' (harap betul la sebutan) dan 'kelupis'.cam kita di sini nasi impit dan ketupat palas la.

Makanan tradisi orang Bugis di Sarawak

Di sini Effa kongsikan gambar - gambar makanan tradisi orang Bugis di Sarawak.

Burasak & lefakloi 



Ini rupanya 'burasak' (yang bentuk segi empat tepat) dan lefakloi ( bentuk tiga segi), bahan utama untuk membuat burasak adalah beras manakala lefakloi dari pulut.
Kedua-dua makanan ini dibungkus dengan daun pisang paling muda dan direbus dengan santan selama 8 jam...


Kelupis


Yang ni pula kelupis...pulut yang dibalut dengan daun palas. Pada effa kelupis ni lebih kurang cam ketupat palas..cuma cara bungkus nya berlainan. Sebabnya daun yang digunakan adalah daun palas



Gambar ini pula adalah antara sajian masakan tradisi bugis yang dihidangkan. 



Antara kuih-muih yang dihidangkan semasa berkunjungan di rumah saudara suami. Seperti yang kelihatan pelbagai jenis Kek lapis yang hidangkan. Air yang dihidangkan selalunya air bikarbonat cuma akhir2 ni ada juga tuan rumah yang menghidangkan air soya.



Pengkongsian ini, adalah dari pandangan effa je tau..banyak lagi yang akan effa kongsikan sekiranya ada kesempatan pulang ke kampung halaman suami effa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...