Sabtu, 22 Ogos 2015

Keindahan bunga orkid


Keindahan bunga orkid


Assalamualaikum....
Lama rasanya effa tidak ber'blog' ye....
Hari ini effa nak kongsi pasal bunga...semua orang tahukan bunga dan wanita memang tak dapat dipisahkan....

Baru-baru ni, effa berkesempatan melawat Taman Orkid Kuala Lumpur...lama dah rasanya tak ke sana....

Di sini, effa kongsikan beberapa gambar spesis bunga orkid yang ditanam dan dijaga di taman tersebut. Subhanaallah....cantikkan suka tengok warna dan bentuk bunga-bunga orkid ni... Memang cantik sesangat....










Sangat mempersonakan, bagi peminat orkid apa lagi boleh berkunjung ke Taman Orkid,Kuala Lumpur.

Jumaat, 7 Ogos 2015

Tips Rangupkan Goreng Cempedak


Tips Rangupkan Goreng Cempedak


kredit foto:www.anajingga.com

Hari ini nak kongsi tips cara untuk dapatkan goreng cempedak atau goreng pisang atau apa sahaja bahan gorengan yang rangup, krup,krup bila di makan.Caranya sangat mudah, semasa kita membancuh tepung gorengan di rumah, selalunya kita menggunakan tepung gandum kan.Untuk mendapatkan hasil gorengan yang rangup, semasa membancuh ,campurkan sedikit minyak masak ke dalam adunan tepung.

Satu lagi cara yang pernah ana gunakan ialah mencampurkan sedikit tepung beras  bersama bancuhan tepung gandum.Kedua-dua kaedah ini dapat menghasilkan salutan tepung gorengan yang rangup pada makanan.Namun jika nak yang lebih mudah beli sajalah tepung bancuhan rangup yang sedia digunakan yang banyak terdapat di pasaraya atau kedai berhampiran.Sekadar berkongsi tips mudah disini.

Selasa, 4 Ogos 2015

Brokoli dan Cendawan Tumis


Resepi brokoli dan cendawan tumis



Hari ini ana nak kongsikan satu resepi ringkas.Sayur goreng brokoli dangan cendawan tumis.Bahan-bahan asas ialah brokoli ,cendawan dalam tin,bawang besar,bawang putih,cili merah dan ikan bilis. Bersihkan dan potong ke semua bahan ,panaskan minyak,tumis bawang merah,bawang putih dan cili merah.Masukkan ikan bilis,cendawan dan akhir sekali brokoli.Tambah kicap dan garam sebagai perisa.Sedia untuk hidangan.

Selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...